Bagi yang mempunyai masalah seperti kulit muka berjerawat, berparut, kering, berminyak, berjeragat, white head/black head- ubat bagi segala penyakit kulit tersebut tak lain tak bukan rutin rawatan muka yang berterusan dan konsisten.
Aku dulu pun ada jerawat dan parut di seluruh muka. Plus muka berminyak sentiasa. Tapi, kerana rajin merawat muka, maka kulitku kembali normal.
Alhamdulillah. Bagi yang tak nak ke salun kecantikan untuk mendapatkan rawatan muka, buat di rumah sendiri pun boleh..
Asalkan korang istiqamah.
Rahsia kulit muka sihat dan bersih dari segala kecacatan kulit adalah seperti berikutnya:
1. Bersihkan muka dengan sabun pembersih muka 3 kali sehari (pagi, tengahari dan malam).
Ok la.
Kalo korang malas or tak cukup masa nak buat tiga kali, dua kali sudah memadai iaitu pada waktu pagi dan malam (sebelum tido). Cuci muka di waktu tengahari baik untuk kulit kerana ia akan menyegarkan kembali kulit muka yang kehilangan air dan dapat mencuci kotoran-kotoran yang melekat di kulit muka. Jangan cuci muka lebih dari 10 minit, nanti kulit korang akan rasa tersiat akibat terlampau kering.
2. Toning atau gunakan penyegar kulit muka setiap kali selepas mencuci muka.
Ha.. Aku tau, tak ramai yang rajin guna penyegar selepas cuci muka kan? Korang tau tak kalau korang skip rejim penjagaan kulit ni, maka cuci la muka banyak mana pun dengan sabun muka dari produk jenama termahal dan terkenal, kulit muka korang tetap takkan jadi perfect. Sesungguhnya, toner atau penyegar ni la yang akan membantu mencuci kotoran-kotoran dan sisa-sisa sabun pencuci muka tadi kat wajah korang. Selain itu, toner inilah yang akan membantu menutup kembali pori-pori muka yang terbuka semasa muka di cuci dengan pencuci muka tadi. Cara terbaik apply toner ke kulit muka adalah dengan menggunakan kapas. Ambil kapas, letakkan toner di kapas tadi dan gosok lembut berulang-kali ke seluruh permukaan kulit wajah. Korang akan dapati kesan coklat/daki pada kapas tadi. Itu la kotoran yang masih ada di kulit korang yang menyebabkan kulit muka tersumbat dan seterusnya berjerawat.
3. Moisturising atau lembapkan kulit setiap kali selepas menyegarkan kulit dengan toner.
Haaaa.. jangan ingat perempuan je yang nak kena pakai moisturiser ye.. cik abang tu pun kena bagi juga pakai moisturiser.. jangan fikir kita je nak melawa..dorang pun perlu juga hokayy. :)
Melembapkan kulit juga adalah penting kerana kelembapan kulit selalunya akan hilang selepas kulit muka dicuci dengan sabun pencuci dan penyegar kulit. Tanpa pelembap ini, kulit muka korang akan menjadi sedikit mengelupas di bahagian-bahagian tertentu seperti celah hidung, hujung bibir, lekuk dagu atau hujung kening. Kalau pakai mekap kang, of coz la tak nampak cantik kerana muka akan nampak berkuping.
So, make sure korang pakai jugak moisturiser ni ok. Bagi yang berkulit kering, carilah moisturiser dari jenis krim manakala bagi yang berkulit berminyak atau kombinasi, guna la moisturiser jenis light lotion. Macam aku, aku pakai EMORRA SKINCARE night cream.. lantakla dia night.. aku pakai je siang hari.. mmg cepat habis tapi.. eh habis beli lagi kan.. Hehehe..
rang yang rajin pakai moisturiser, kulitnya akan tampak lebih muda berbanding orang yang tak pakai moisturiser. Moisturiser juga boleh melambatkan penuaan kulit muka.
Korang nak nampak muda sentiasa kan? Kan? Kan?
4. Scrub muka setiap 2 minggu sekali.
Kegunaan scrub adalah untuk mengangkat dan membuang kulit-kulit mati pada wajah korang.
Parut-parut di muka kita tu kan adalah kulit mati juga. So, at the same time, scrub ni akan membantu memudarkan parut-parut di muka kita. Juga untuk buang black/white head tau. Semasa scrub, tumpukan pada kawasan-kawasan yang selalu mengelupas seperti di celah hidung, hujung bibir, dagu dan dahi anda atau di kawasan berblack head or berwhite head dan ber ber lagi..
Amaran: Jangan scrub kuat-kuat/tonyoh scrub di muka anda kerana dikhuatiri akan melukakan kulit anda. Dari nak buang parut, terus muka bertambah parut plak.
5. Pakai face mask setiap 2 minggu sekali.
Now now.. Kat pasaran ada macam-macam jenis face mask.
Sama ada korang nak pakai yang jenis peel-off, pupur or face mask jenis kertas.
Face mask jenis peel-off ni selalunya untuk buang kulit mati, kotoran, black head, white head pada wajah.
Face mask jenis pupur pulak selalunya digunakan apabila korang mahu cantikkan kulit supaya kelihatan lebih bermaya dan sihat (dan juga ada pelbagai kebaikan lain) . Selalunya diperbuat daripada bahan semulajadi seperti oren, timun, tomato dan avokado. After tinggalkan kat kulit selama 5-10 minit, anda just perlu basuh dengan air sehingga bersih. Last skali face mask daripada kertas. Face mask jenis ni aku suka juga kerana senang dipakai dan tangan tak comot or belengas. Just bukak mask dan tekapkan ke muka selama beberapa minit.
Usually, aku akan pakai mask ni sampai dia kering.
Ha.. Baru puas hati coz serum or pelembap yang ada pada mask tu dapat menyerap sepenuhnya ke kulit muka aku.
Tak kesahlah korang pakai produk penjagaan kulit muka dari pape jenis brand pun, asalkan korang guna produk yang sesuai dengan jenis kulit korang- NORMAL, OILY or DRY. Nak selamat, guna la produk yang nearly 100% from natural resources like timun (bagus untuk detoxifying), honey (untuk melembapkan kulit muka), oren (untuk mencerahkan kulit) or tomato (awet muda).Kalau boleh, jangan campur-campur produk coz kita tak tau for sure bahan apa yang ada dalam produk yang kita pakai tu. Dibuatnya ada chemical reaction lepas campur, naya je muka korang.
Terus jadi lagi teruk.
Ok.
Rajin-rajinkan diri untuk amalkan 5 langkah penjagaan kulit muka di atas. Dan kulit yang bermasalah akan kembali normal.